Awie ditahan di hospital kerana sukar bernafas

Datuk Awie mengalami kesukaran bernafas dan sedang dirawat di hospital Ampang Puteri, Kuala Lumpur.
Menurut Astro Awani, nada suara Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman kedengaran terbantut-bantut dan sukar untuk bercakap ketika dihubungi Astro Awani untuk mendapakan maklumat lanjut.
“Saya pun tak tau saya sakit apa. Tapi susah nak bernafas la.

“Sebelum ni dah 3 hari saya duduk kat rumah, ni dah 4 hari di hospital, kiranya seminggu la sakit ni,” katanya dalam nada lemah.
Penyanyi kumpulan Wings dan pelakon terkenal, pada Isnin lalu menerusi instagramnya memohon maaf kerana tidak dapat memenuhi persembahan bersama Dragon Malaya di Pesta Pulau Pinang.
Tambahnya, beliau memerlukan rehat pada ketika ini.

Leave a comment