Elfira Loy Dah Kahwin!! Ini komen Sufian Suhaimi

PENYANYI Sufian Suhaimi tidak mengetahui mengenai Perkahwinan bekas tunangnya iaitu Elfira Loy dengan seorang lelaki bernama Faris ,

Bagaimanapun, penyanyi lagu Di Matamu itu mengucapkan tahniah dan mendoakan pasangan tersebut bahagia jika khabar itu benar.

“Saya tidak tahu, terima kasih tentang info itu. Saya ucapkan tahniah.

“Semoga bahagia sampai syurga,” ujarnya kepada mStar Online, di sini.

Sufian berkata demikian bagi mengulas tentang laporan sebuah portal hiburan bahawa pelakon berkenaan selamat mengikat tali pertunangan dengan Faris Khairol Anuar kira-kira pukul 9 pagi tadi.

Menurut laporan itu, majlis merisik dan bertunang itu diadakan secara tertutup di kediamannya, Alam Damai, Kuala Lumpur.

Hubungan Elfira, 24, dengan lelaki berkenaan mula dihidu beberapa bulan lalu apabila dia memuat naik foto bersama.\

Hubungan Elfira dengan jejaka itu mula dihidu beberapa bulan lalu.

Majlis tersebut dihadiri oleh beberapa artis yang juga rakan baik Elfira.

mStar Online cuba menghubungi pihak Elfira bagi mendapatkan pengesahan tentang majlis tersebut namun masih tidak berjaya.

Sebelum ini, Elfira pernah bertunang dengan Sufian Suhaimi pada 6 Oktober tahun lalu dalam sebuah majlis pertunangan besar-besaran, namun berakhir pada 18 Februari lalu.

Entri Elfira mengenai majlis akad nikahnya itu turut menarik perhatian sebilangan selebriti yang mengambil kesempatan mengucapkan tahniah pada pelakon itu dan suaminya.

Antaranya pelakon dan penerbit Datuk Ziela Jalil yang mengucapkan tahniah kepada Elfira.

Tidak ketinggalan turut berkongsi kegembiraan itu ialah pelakon Sherry Ibrahim, Izzue Islam, Nabila Razali dan ramai lagi.

Astro AWANI difahamkan, selain majlis akad nikah yang berlangsung pagi tadi, pasangan itu juga bakal melangsungkan lima resepsi sepanjang bulan Januari.

Selain nikah, majlis resepsi pasangan itu akan dilangsungkan pada setiap hujung minggu bermula minggu ini.

Elfira juga memilih busana perkahwinan daripada beberapa pereka terkenal tempatan yang pernah berkerjasama dengannya sebelum ini.

Selain Rizman Ruzaini, beberapa pereka fesyen lain yang dimaksudkan pernah menghasilkan gaun perkahwinan selebriti tempatan terkenal sebelum ini seperti Anzalna Nasir, Sharnaaz Ahmad dan Stacy.

Tahniah buat Elfira dan suami.

Leave a comment