
Jepun sememangnya antara lokasi yang sering menjadi pilihan pelancong. Jika berkunjungi ke sini, pasti pelbagai pilihan tempat menarik yang boleh dikunjungi. Seperti perkongsian gadis ini yang bercuti ke sana selama 10 hari 9 malam. Apa yang seronok mereka bertiga sempat singgah ke Universal Studio Japan (USJ) dan Disneyland Tokyo!
Day 1 : Narita Airport to Tokyo to Osaka
Alhamdullilah kami mendarat pada jam 0655 pagi. Everything was soo good ! Thanks MH 0300 for the safe journey and delicious food walaupun tengah lena kena kejut makan. Sampai sana ambil luggage, redeem simkad, Tokyo subway pass and JR Pass. Beli dengan klook sangat senang! Korang tinggal redeem je bila sampai airport . And semua settle dekat Malaysia lagi so sampai Japan tak risau dah pasal semua ticket tu, just enjoy!Kami naik Shinkansen dari Terminal 2 Narita Airport hingga ke Tokyo then exchange train ke Shin-Osaka sebelum tiba ke JR Namba
Distance dari apartment kami ke JR Namba dalam 1 km but korang akan rasa seronok sebab all the way nak sampai rumah akan jumpa banyak orang naik basikal so make sure di lorong betul okeh Dan Japan memang terkenal dengan kebersihan dorang . 100% agree ! Tapi yang tak best kat Shin-Imamiya sebelum sampai JR Namba ktorang tak jumpa lift so naik & turun tangga sambil angkat luggage . Omg ! Penat wei luggage almost 19kg. RIP pinggang
Apartment booking thru Agoda : Cozy Apartment Room 3
Day 2 : Universal Studio Japan!
Kami keluar rumah seawal 7 pagi untuk memastikan kami dapat naik semua extreme ride yang ada di USJ. Perkara pertama sampai USJ mestilaa Hogwarts area ! Fuhhh setengah hari ktorang berlalu dengan pantas hanya dekat USJ. Kami masuk HP store and beli Magical wand and mafla Gryfindor! Any Gryfindors team here ? High five! Bila dapat tau ada 8 checkpoints yang boleh ktorang visit and bermain dengan wand tadi, so lagi lama laa ktorang dalam Hogwarts area. Ktorang semua beli Hermione wand So cantik ukiran dekat wand tu Ktorang ada jugak beli USJ 4 Express Pass and kami dapat naik semua ride. Harry Potter, Flying Dinosaur, Spiderman and tak ingat
One thing yang korang para hijabista akan rasai di USJ adalah naik ride with accessories. Apa yang Ayniz maksudkan accessories adalah korang kena pakai baju hujan untuk naik Flying Dinosaur yang super extreme tu untuk tujuan mengelakkan tudung korang yang panjang tu berkibar2 dan boleh mengelakkan kecederaan untuk orang lain. Ada jugak ride yang korang kena pakai clip which is clip tu akan diletakkan di antara tudung dan leher baju. Refer gambar ktorang kat bawah nanti okay ?
And kalau jenis korang tak kisah untuk naik single ride, lagi seronok sebab USJ memang ada single ride which is korang tak akan duduk sekali ride tu dengan kawan korang. And lagi banyak line boleh potong tau sebenarnya ! Ini serious. And ktorang yang pakai tudung ni pun boleh potong banyak jugak line . Happy gila tak payah tunggu sampai ber jam jam
Selain Hogwarts and all the ride, don’t forget to taste Butterbeer. Sedap yakmat. Ktorang repeat dua kali, sekali beli cawan yang souvenir tu and sebelum balik cawan plastic tu . Sampai sekarang terasa-rasa nikmat sedap tu. Seharian dalam USJ tak puas kalau boleh nak ada two day pass macam Disneyland jugak
USJ Ticket & Express 4 Ride pass both from Klook
